Thursday, May 31, 2012
Friday, May 25, 2012
Thursday, May 24, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Kelebihan Bulan Rejab
"Sesungguhnya
di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih
putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa
yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum
kepadanya dari sungai itu."
Hadis Rasulullah SAW
- Bulan Rejab merupakan bulan ke 7 dlm kiraan takwim bulan Islam.Ia adalah slh satu antara bulan suci yg dinamakan sbg bulan Allah.Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud :
"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
- Bulan Rejab dianggap istimewa kerana pada bulan ini berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj
- Antara amalan2 baik diamalkan di bulan Rejab ialah
- puasa
- sedekah
- Terdapat
beberapa kelebihan puasa di bulan Rejab seperti disebut di dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani yg bermaksud
- sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab,maka ia seperti berpuasa setahun
- berpuasa lebih daripadanya (tujuh hari), ditutup pintu2 Jahannam (neraka)
- berpuasa 8 hari,dibukakan 8 pintu syurga
- berpuasa 10 hari,tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya
- berpuasa 15 hari,menyeru orang yang menyeru dari langit
"sesungguhnya
diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal,dan
barangsiapa menambah (hari puasa) Allah menambah (kelebihannya)."
Niat puasa pada bulan Rejab ialah
"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Ini adalah
beberapa amalan baik yang boleh dilakukan pada bulan Rejab, bulan dimana
terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah rebut
peluang nie dan semoga amalan kita diterima Allah. Amin.
Puasa Di Bulan Rejab
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam
kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan
dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda
bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan
Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan
istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad
Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di
bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu
`alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu
Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka
ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab)
tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa
berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan
barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah
melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari,
menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu
dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari
puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan
oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab
adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di
pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari
daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan
kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya
berkata: "Tuhan ampunkan baginya
(dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan
kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan
dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa
sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk
diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu
syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan
diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Sunday, May 20, 2012
Friday, May 18, 2012
Ketakwaan Kepada Allah S.W.T.
Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku
kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila
tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan.
Pemerintah mencadangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah
Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat minta hujan.
Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".
Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah.
" Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.
MORALE OF THE STORY UNTUK IKTIBAR/PENGAJARAN
Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
Kehendak Allah mengatasi segala. Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah
Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya
Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.
Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.

Friday, May 11, 2012
Haram Sambut Hari Ibu
Info dimana umat ISLAM perlu mengetahuinya.
HARAM sambut HARI IBU.. kerana hari ibu asalnya daripada orang
KRISTIAN.. dipanggil hari MOTHER OF THE GOD -- hari ibu tuhan.. dalam
islam, Nabi ajar kenang ibu setiap hari bukan setahun sekali..
~UstazAzharIdrus~
Monday, May 7, 2012
Sunday, May 6, 2012
Saturday, May 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)