Friday, May 8, 2015

Batuk Ketika Solat, Kain Terlucut, Apakah Hukumnya?

Batuk Tanpa Henti
 
Soalan:
Ketika dalam solat, seseorang terbatuk-batuk tanpa henti. Saya pernah mendengar itu adalah gangguan daripada syaitan untuk menghalang manusia daripada terus khusyuk untuk bersolat. Adakah ia benar?

Jawapan:
Berkenaan perkara itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun apabila seseorang itu batuk dengan suara berulang kali, di mana batuk menguasai diri dan dia pula tidak dapt menahannya para ulama menegaskanbahawa solatnya itu adalah sah dan tidak batal.
Terdapat juga pendapat lain sebagai contohnya yang disebutkan di dalam fatwa al-Ramli bahawa adakah batal solat seseorang yang dikuasai batuk atau bersin dan yang seumpama dengannya maka dia menjawab ia adalah batal.
Para ulama yang lain turut membahaskan bahawa solat itu sah dan tidak batal apabila seseorang dikuasai batuk dalam keadaan yang banyak walaupun dengan suara. Tetapi dikira batal jika menguap dan batuk dalam solat dengan suara yang jelas menyebut dua huruf atau lebih. Wallahu a’lam.
 
Solat Kain Terlucut
 
Soalan:
Apakah seseorang sedang bersolat, kain telekungnya tiba-tiba terlondeh dan dia terus solat duduk. Bolehkah dia berbuat demikian? Jika tidak, mohon ustaz perjelaskan.

Jawapan:
Jika pada keadaan itu dia tidak lagi mampu memegang atau melakukan perkara yang dirasakan sesuai pada kain tersebut maka dibolehkan untuk dia duduk di atas sebab mudarat. Ini hanya jika di sebalik telekungnya itu tiada pakaian lain yang sesuai untuk menutupi auratnya.
Sekiranya ada pakaian di sebalik telekung dan pakaian itu juga dikira sempurna untuk solat ia boleh diteruskan seperti biasa.
 
Nota: Jawapan diberikan oleh USTAZ KHAIRUL NAIM MANSOR, Penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan AlQuran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan. 

Sumber: Majalah I - Karangkraf

Friday, July 11, 2014

Wednesday, February 5, 2014

Keajaiban Bersedekah

1) Sedekah mendatangkan rezeki.
  • Ini merupakan peluang yang terhidang luas buat kita sebagai orang Islam supaya melipat gandakan usaha amalan ini. Harta yang kita sedekahkan mendekat lagi rezeki yang tidak disangka-sangka.
2) Sedekah dapat memanjangkan umur.
  • Di sini dapat difahami bahawa umur yang dimaksudkan ialah keberkatan dalam hidup. Peluang kehidupan yang diberi oleh Allah digunakan dengan perkara yang manfaat.
3) Sedekah dapat menyembuhkan penyakit.
  • Ini seperti yang sedia maklum bahawa penyakit cinta dunia, harta, bakhil dan tamak haloba harus dirawat dengan amalan sedekah. Dengan kaedah ini sistem ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis dapat memberi penawar kepada gejala yang kronik ini.
“Keluarkanlah harta. Bersedekahlah…”
Seruan yang biasa kita dengar dan acap kali disebut oleh ulama dan orang tua kita supaya rajin-rajin bersedekah. Selagi berkemampuan untuk memberi, lakukanlah kerana ia menjadi “kredit” buat diri kita.

Firman Allah taala dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud;
 “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan di hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia.”
Dalam sepotong hadis, Rasullah s.a.w ada bersabda;
“Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua-dua orang tuanya.”
Sumber dari Majalah Niaga.

Doa Memohon Barang Yang Dicuri Dipulangkan


Jika barang anda dicuri dan mahu dipulangkan kembali kepada anda, anda boleh baca doa ini. Kaedahnya ialah;

1. Sebelum baca doa, bayangkan wajah orang yang mencuri barang tersebut (kalau tidak cam, cuma bayangkan wajah orang secara umum).

2. Baca ayat dari ar-Ra'd ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam. Insya-Allah, barang tersebut akan dipulangkan kembali kepada anda.

Sumber dari FB AnugerahQuran.

Ekspo Buku Islam 10 Putrajaya


Friday, November 22, 2013

Unic - Qunut Nazilah

Unic - Qunut Nazilah

Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas

Ya Allah 3x

Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka 3x

Dan kemenangan untuk kami

Lagu/ Lirik (Terjemahan) : Bazli UNIC