Unic - Qunut Nazilah
Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka
Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allah 3x
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab
Kalahkan mereka 3x
Dan kemenangan untuk kami
Lagu/ Lirik (Terjemahan) : Bazli UNIC
Friday, November 22, 2013
Thursday, November 21, 2013
Dengan Basikal Aku Menjelajah
Sebuah ekspedisi pengembaraan oleh Zahariz dengan menggunakan sebuah
basikal. Rakaman ekspedisi solo ini dirakamkan sendiri oleh beliau tanpa
krew produksi. Saksikan rancangan menarik ini hanya di Tv AlHijrah.
Kredit Gambar: http://zahariz.wordpress.com/
Thursday, October 31, 2013
Friday, June 28, 2013
Monday, May 27, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Monday, January 21, 2013
Thursday, January 10, 2013
Ke Destinasi Terakhir
Sejauh mana pun kita berjalan di dunia ini, suatu hari nanti pasti kita akan ke destinasi terakhir...KUBUR.
Dalam ruang sempit dan berbalutkan hanya kain kafan putih, jasad kita, sama ada cantik atau buruk, muda atau tua, sempurna atau cacat, akan mereput dan hancur.
Kemudian dengan kekuasaan Allah s.w.t., kita akan dibangunkan semula. Kita bakal menghadap-Nya, menjawab segala soalan tentang perjalanan di dunia; setiap anggota akan berkata, menjadi saksi kepada segala yang telah dilakukan.
Bersediakah kita menghadapi detik itu? Apa pun, sebelum itu ambillah iktibar daripada satu kematian. Sama ada kenalan, saudara, anak, adik-beradik atau ibu dan bapa yang telah pergi dan tiba ke destinasi terakhir, berikanlah penghormatan. Ziarah, hantarlah jenazah mereka dan jagalah adab-adabnya.
Nabi s.a.w. dalam sepotong hadis bersabda: "Barang siapa menghantarkan jenzah, maka baginya pahala satu qirat, jika dia menunggu hingga jenazah itu dikebumikan maka baginya pahala dua qirat. Dan qirat itu besarnya seperti gunung Uhud.
Sumber dari Majalah IMAN Bil.11.
Wednesday, January 9, 2013
Jadual Pameran Dan Jualan Saiyidul Ayyam Tahun 2013 - Masjid Tuanku Mizan Putrajaya
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web MASJID TUANKU MIZAN.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Al-Ma'tsurat Pendinding Syaitan
Daripada al-Nu’man bin Bashir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Doa
adalah ibadah.” Al-Nu’man menjelaskan lagi selepas itu, Rasulullah s.a.w
membaca ayat 60 dari surah Ghafir yang bermaksud, “Dan Tuhanmu berfi
rman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu, akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina.” Setiap individu yang bergelar
pemimpin, baik dalam rumahtangga, masyarakat dan negara serta para
pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma’tsurat dengan
membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita
telah melindungi diri kita dengan senjata yang kukuh, sehingga dapat
menghindarkan diri daripada gangguan syaitan.
Al-Ma’tsurat merupakan amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan dikumpulkan oleh Imam Hassan Al- Banna untuk menjadi hamba yang soleh dan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT.
Al-Ma’tsurat merupakan amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan dikumpulkan oleh Imam Hassan Al- Banna untuk menjadi hamba yang soleh dan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT.
Tanpa hubungan yang rapat dengan Allah SWT, jiwa akan menjadi gelisah, sentiasa keluh kesah dan tiada kedamaian dalam hati. Sepertimana kata-kata Syeikhul Islam dalam al- Kalimuttayyib, “Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri seseorang itu seperti ikan yang tercampak keluar dari airnya.” Menurut Imam Al-Banna, sesiapa yang tidak mampu membaca keseluruhan isi kandungan Al-Ma’tsurat hendaklah dibaca sebahagian daripadanya sehingga seseorang itu tidak biasa meninggalkan amalannya itu.
Beliau turut menggalakkan agar Al-Ma’tsurat sentiasa dibaca ketika pagi, bermula dari matahari terbit sehingga masuk waktu zuhur dan pada waktu petang, bermula dari masuk waktu asar sehingga Isyak.
Friday, January 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)