Daripada al-Nu’man bin Bashir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Doa
adalah ibadah.” Al-Nu’man menjelaskan lagi selepas itu, Rasulullah s.a.w
membaca ayat 60 dari surah Ghafir yang bermaksud, “Dan Tuhanmu berfi
rman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu, akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina.” Setiap individu yang bergelar
pemimpin, baik dalam rumahtangga, masyarakat dan negara serta para
pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma’tsurat dengan
membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita
telah melindungi diri kita dengan senjata yang kukuh, sehingga dapat
menghindarkan diri daripada gangguan syaitan.
Al-Ma’tsurat merupakan amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan dikumpulkan oleh Imam Hassan Al- Banna untuk menjadi hamba yang soleh dan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT.
Al-Ma’tsurat merupakan amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan dikumpulkan oleh Imam Hassan Al- Banna untuk menjadi hamba yang soleh dan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT.
Tanpa hubungan yang rapat dengan Allah SWT, jiwa akan menjadi gelisah, sentiasa keluh kesah dan tiada kedamaian dalam hati. Sepertimana kata-kata Syeikhul Islam dalam al- Kalimuttayyib, “Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri seseorang itu seperti ikan yang tercampak keluar dari airnya.” Menurut Imam Al-Banna, sesiapa yang tidak mampu membaca keseluruhan isi kandungan Al-Ma’tsurat hendaklah dibaca sebahagian daripadanya sehingga seseorang itu tidak biasa meninggalkan amalannya itu.
Beliau turut menggalakkan agar Al-Ma’tsurat sentiasa dibaca ketika pagi, bermula dari matahari terbit sehingga masuk waktu zuhur dan pada waktu petang, bermula dari masuk waktu asar sehingga Isyak.
No comments:
Post a Comment