Batuk Tanpa Henti
Soalan:
Ketika dalam solat, seseorang terbatuk-batuk tanpa henti. Saya pernah
mendengar itu adalah gangguan daripada syaitan untuk menghalang manusia
daripada terus khusyuk untuk bersolat. Adakah ia benar?
Jawapan:
Berkenaan perkara itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun
apabila seseorang itu batuk dengan suara berulang kali, di mana batuk
menguasai diri dan dia pula tidak dapt menahannya para ulama
menegaskanbahawa solatnya itu adalah sah dan tidak batal.
Terdapat juga pendapat lain sebagai contohnya yang disebutkan di dalam
fatwa al-Ramli bahawa adakah batal solat seseorang yang dikuasai batuk
atau bersin dan yang seumpama dengannya maka dia menjawab ia adalah
batal.
Para ulama yang lain turut membahaskan bahawa solat itu sah dan tidak
batal apabila seseorang dikuasai batuk dalam keadaan yang banyak
walaupun dengan suara. Tetapi dikira batal jika menguap dan batuk dalam
solat dengan suara yang jelas menyebut dua huruf atau lebih. Wallahu
a’lam.
Solat Kain Terlucut
Soalan:
Apakah seseorang sedang bersolat, kain telekungnya tiba-tiba terlondeh
dan dia terus solat duduk. Bolehkah dia berbuat demikian? Jika tidak,
mohon ustaz perjelaskan.
Jawapan:
Jika pada keadaan itu dia tidak lagi mampu memegang atau melakukan
perkara yang dirasakan sesuai pada kain tersebut maka dibolehkan untuk
dia duduk di atas sebab mudarat. Ini hanya jika di sebalik telekungnya
itu tiada pakaian lain yang sesuai untuk menutupi auratnya.
Sekiranya ada pakaian di sebalik telekung dan pakaian itu juga dikira sempurna untuk solat ia boleh diteruskan seperti biasa.
Nota: Jawapan diberikan oleh USTAZ KHAIRUL NAIM MANSOR,
Penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan AlQuran Karangkraf dan
pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti
Yarmouk, Jordan.
Sumber: Majalah I - Karangkraf