Friday, May 8, 2015

Batuk Ketika Solat, Kain Terlucut, Apakah Hukumnya?

Batuk Tanpa Henti
 
Soalan:
Ketika dalam solat, seseorang terbatuk-batuk tanpa henti. Saya pernah mendengar itu adalah gangguan daripada syaitan untuk menghalang manusia daripada terus khusyuk untuk bersolat. Adakah ia benar?

Jawapan:
Berkenaan perkara itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun apabila seseorang itu batuk dengan suara berulang kali, di mana batuk menguasai diri dan dia pula tidak dapt menahannya para ulama menegaskanbahawa solatnya itu adalah sah dan tidak batal.
Terdapat juga pendapat lain sebagai contohnya yang disebutkan di dalam fatwa al-Ramli bahawa adakah batal solat seseorang yang dikuasai batuk atau bersin dan yang seumpama dengannya maka dia menjawab ia adalah batal.
Para ulama yang lain turut membahaskan bahawa solat itu sah dan tidak batal apabila seseorang dikuasai batuk dalam keadaan yang banyak walaupun dengan suara. Tetapi dikira batal jika menguap dan batuk dalam solat dengan suara yang jelas menyebut dua huruf atau lebih. Wallahu a’lam.
 
Solat Kain Terlucut
 
Soalan:
Apakah seseorang sedang bersolat, kain telekungnya tiba-tiba terlondeh dan dia terus solat duduk. Bolehkah dia berbuat demikian? Jika tidak, mohon ustaz perjelaskan.

Jawapan:
Jika pada keadaan itu dia tidak lagi mampu memegang atau melakukan perkara yang dirasakan sesuai pada kain tersebut maka dibolehkan untuk dia duduk di atas sebab mudarat. Ini hanya jika di sebalik telekungnya itu tiada pakaian lain yang sesuai untuk menutupi auratnya.
Sekiranya ada pakaian di sebalik telekung dan pakaian itu juga dikira sempurna untuk solat ia boleh diteruskan seperti biasa.
 
Nota: Jawapan diberikan oleh USTAZ KHAIRUL NAIM MANSOR, Penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan AlQuran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan. 

Sumber: Majalah I - Karangkraf

No comments:

Post a Comment