Tanggal
1 Syawal setiap tahun, umat islam di seluruh dunia meraikan kejayaan
menewaskan hawa nafsu setelah berjuang sepanjang bulan Ramadhan yang
baru sahaja berlalu. Menurut ajaran Islam, menyambut Aidilfitri juga
merupakan suatu ibadat yang menatijahkan pahala di alam akhirat kelak.
Maka terdapat pelbagai amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w untuk diamalkan setiap kali perayaan ini menjelma. Walau
bagaimanapun, agak malang apabila ada segelintir umat islam yang
mengabaikan panduan Rasulullah s.a.w dalam menyambut Aidilfi tri lantas
melakukan kesilapan-kesilapan yang berulang kali saban tahun, sehingga
ada teguran yang mengungkapkan “sehari beraya, rosak sebulan berpuasa”,
na’uuzubillahi minzaali
1.Lupa Aidilfitri adalah ibadah
Kesilapan
pertama, bahkan ia adalah punca segala kesilapan yang lain, iaitu
apabila seseorang Muslim yang menyambut Aidilfi tri tidak merasakan
bahawa ia adalah suatu bentuk ibadat kepada Allah SWT Aidilfi tri
dianggap sama seperti perayaan agama-agama lain sedangkan ia amat
berbeza terutamanya daripada aspek spiritual, falsafah dan cara
menyambutnya. Apabila terlupa aspek ibadat, maka keseronokan menguasai
suasana dan akan menjadi fokus utama.
Bergembira, berpesta dan berhari raya dalam keadaan tidak menyedari
apakah sebenarnya yang sedang dirayakan. Saling bermaaf-maafan, ziarah
menziarahi, menjamu selera dan pelbagai aktiviti lagi, tetapi terlupa
satu persoalan, adakah aku benar-benar menyambut Aidilfitri sebagaimana
yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w?”. Berhentilah seketika lantas
renungilah persoalan ini. Perhatikan tingkah laku ahli keluarga dan
sahabat handai, kemudian jawablah persoalan ini dengan hati yang tulus.
2.Abaikan sunnah Aidilfitri
Bermula
pada malam Aidilfi tri sehingga solat sunat hari raya, kita amatlah
digalakkan melaungkan takbir raya. Pada 1 Syawal pula, disunatkan
beberapa amalan seperti mandi sunat Aidilfi tri, memakai pakaian yang
baru atau terbaik berserta wangian, sarapan pagi, pergi menunaikan solat
sunat Aidilfi tri dan pulang menggunakan laluan yang berbeza dari jalan
ia datang, ziarah menziarahi serta saling mengucapkan tahniah di atas
kejayaan menempuh Ramadhan di samping mendoakan agar Allah menerima
amalan kita semua.
Sebahagian
umat Islam hanya memilih beberapa amalan sahaja, bahkan tidak
merangsang anak-anak dan ahli keluarga secara bersungguh untuk
mengamalkan sunnah-sunnah yang hanya hadir sekali setahun ini. Mereka
hanya menitikberatkan baju baru, solat hari raya dan ziarah sahaja.
Bahkan ada anak-anak muda yang hanya hadir menunaikan solat sunat
Aidilfi tri, tetapi tidak mendengar khutbah lalu terus beredar sebaik
sahaja selesai menunaikan solat.
Takbir pada
malamraya bertukar menjadi“tawaf”digerai-gerai jualan penghabisan stok
malam raya, atau ditenggelami kemeriahan bersama ahli keluarga
menyiapkan susunan kuih raya, perabot, sofa, langsir dan sebagainya.
Hakikatnya, berjual beli tidak dilarang tetapi ia dianggap suatu
kesilapan apabila menghilangkan roh ibadat Aidilfitri. Begitu juga
kesibukan menyiapkan persiapan hari raya di rumah, janganlah terlupa
untuk menghiasinya juga dengan laungan takbir bersama ahli keluarga.
Pastinya kegembiraan akan hadir bersama keberkatan dari Allah SWT.
3.Bermaafan setahun sekali
Ada
pasangan suami isteri yang hanya bermaaf-maafan pada hari raya sahaja.
Begitu juga sebahagian anak-anak yang hanya memohon ampun dan maaf
daripada ibu bapanya, hanya pada pagi Aidilfi tri. Demikianlah dalam
persahabatan, bersama jiran tetangga,rakan sepejabat dan sebagainya, ada
yang hanya “menyusun sepuluh jari” sempena Aidilfi tri sahaja,
sedangkan kesalahan dan kesilapan yang dibuat bolehlah dikatakan saban
hari.
Tidak
dinafi kan bahawa Aidilfitri adalah peluang untuk kita saling
bermaaf-maafan, tetapi ia juga mestilah dilakukan setiap kali seseorang
itu melakukan kesilapan sama ada kecil atau besar. Memohon maaf tidak
akan menjadikan seseorang itu hina dan memberi kemaafan dengan sepenuh
hati pula adalah suatu ketenangan dan kepuasan yang amat sukar diungkap
dengan kata-kata.
No comments:
Post a Comment