Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama
kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat
menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang
beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan
"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut
bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi
makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan
rahsia al-Quran.
No comments:
Post a Comment