Wednesday, February 29, 2012

Nasihat Untuk Wanita


  • Urusan pertama yang akan ditanya pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah dia menjalankan kewajipan atau tidak?)
  • Apabila seorang isteri telah melarikan diri dari rumah suaminya, maka tidak diterima solat si isteri sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada si suami untuk meminta ampun.
  • Wanita yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki ajnabi (bukan mahram) agar mereka tercium bau harumnya itu, maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandang itu adalah zina.
  • Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipersonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah s.a.w., perempuan itu aurat. Maka apabila dia keluar menongak, syaitan akan memandang kepadanya.
  • Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal dinikahinya kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli.
  • Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya iaitu Ummu Salamah dan Maimunah, datang seorang sahabat yang buta matanya. Beliau ialah Ibnu Maktum. Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke rumah lalu ditanya oleh Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?"
  • Perempuan yang menyeret kainnya yang terlalu panjang di lantai dalam keadaan berhias bukan untuk suami atau mahramnya adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat dan tiada nur (cahaya) baginya.
  • Wanita yang bermasam muka dan menyebabkan suaminya tersinggung, maka wanita itu dimurkai oleh Allah s.w.t. sehingga dia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
  • Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah dan tidak mengizinkannya berpuasa serta tidak boleh membawa masuk orang lelaki ke dalam rumah tanpa izin suami.
  • Hendaklah isteri berpuas hati atau redha dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Alla s.w.t., sama ada suaminya miskin atau kaya.
  • Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolak oleh isteri sehingga menimbulkan kemarahan suaminya, maka akan tertidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.

No comments:

Post a Comment