Saturday, February 11, 2012

Rezeki Kita Terbuka Luas

Rezeki ada di mana-mana. Seperti kata pepatah, ulat dalam batu pun boleh mencari makanan, apa lagi manusia yang mendiami bumi yang dipenuhi oleh tumbuhan, makanan, udara dan air.

Imam Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji diri bagaimana mendapatkan rezeki dengan masuk ke dalam gua yang tidak ada makanan. Dia ingin tahu bagaimana Allah S.W.T. memberi makan kepadanya.

Tiba-tiba serombongan dagang tersesat jalan dan apabila hujan turun, mereka berteduh di dalam gua. Seorang daripada mereka bertanya: "Siapa engkau wahai hamba Allah?" Soalan ini tidak dijawabnya. Rakannya tanya lagi: "Mungkin dia lapar." Mereka kemudian membuka makanan, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

Dua daripada pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dengan menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh buka lagi.

Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata: "Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah S.W.T. memberi rezeki kepada hamba-Nya di mana sahaja berada dan bagaimana keadaannya."


No comments:

Post a Comment