Assalamualaikum w.b.t.
Hassan Al Basri berkata:
Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia tidak taat kepada perintah Tuhannya dalam menurut saja kehendak iblis. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah. Barangsiapa yang cintakan emas dan perak, akan dihinakan oleh Allah. Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan disitu membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.
Al Syibli pula berkata:
Waktu sekarang adalah lebih berharga daripada seribu tahun yang lalu dan seribu tahun yang akan datang. Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah S.W.T. akan tertinggal ke belakang sebanyak seribu tahun dalam perlumbaan kerohanian. Apa yang ditakdirkan untukmu pasti kamu peroleh walaupun terdapat halangan.
Abu Muhammad Royam pula berkata:
Allah S.W.T. berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepada-Nya, bukan tujuan lain. Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah. Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah S.W.T. agar hati menjadi bersih.
No comments:
Post a Comment