Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara
satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al- Hujurat: ayat 13) Ayat ini jelas mengatakan sebaik-baik umat di dunia ini adalah mereka yang memiliki iman dan taqwa yang teguh bukannya kecantikan luaran yang menjadi penilaian. Itulah kriteria yang disenaraikan dan disukai oleh
Allah. Hidup di dunia ini hanya untuk
mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan untuk kepuasan
manusia lain. Hal ini juga telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras,
keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada
keimanan dan amalan-amalan kamu.”Ini kerana semua perkara di atas akan
hilang dimamah masa kerana manusia tidak akak hidup selamanya. Cantik
di mata Allah adalah lebih penting daripada cantik di pandangan
manusia.
Apakah ciri-cirinya?
1. Tutur bicara yang sopan
Seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. Dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan. Setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang dicedok dari orang-orang yang berilmu dan beriman.

2. Bermaaf maafan setiap hari
Kita adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan walaupun sedikit. Kadang kadang perkara kecil juga boleh menyebabkan orang lain terasa hati dan marah dengan kita. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa bermaafmaafan sesama manusia waima orang tersebut sangat berdendam dengan kita. Ingatlah bahawa Allah akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang memaafkan insan lain.

Budi pekerti ini susah diperolehi kerana
sifat ego manusia lebih tinggi. Sebaiknya sebelum tidur, anda tenangkan
hati dan fikiran. Fikirkan apa yang baik sahaja dan maafkan dalam hati
semua sahabat dan umat manusia yang lain.
3. Menggunakan pancaindera sebaiknya
Allah mengurniakan pancaindera yang sempurna kepada kita dengan tujuan memudahkan kita untuk beramal ibadah kepada- Nya. Gunakan ia untuk menyerap ilmu-ilmu Allah melalui pandangan kasar atau pun yang tersirat.

Banyakkan bersedekah, bertafakur,
mendengar perkara kebaikan, berjalan ke tempat yang bermanfaat dan
menjamu selera dari sumber yang halal. Bukan susah untuk melakukannya
kerana selagi ada usaha di situ ada jalan.
No comments:
Post a Comment