Israk Mikraj
Perjalanan Istimewa Israk Mikraj
27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad
SAW iaitu Perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram
di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari
Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.
Firman Allah bermaksud:
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam
dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati
sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan
tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)
Israk Mikraj adalah satu
perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat
Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke
langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah
Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi
tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu
ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan dibawanya bersama:
Sedekah/amal jariahnya,
Doa anak-anaknya yang soleh dan
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment