Monday, December 17, 2012

Fadilat Mencium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

Thursday, August 9, 2012

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk ?


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.


Monday, August 6, 2012

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Friday, July 27, 2012

8 Kesilapan Menyambut Aidilfitri


Tanggal 1 Syawal setiap tahun, umat islam di seluruh dunia meraikan kejayaan menewaskan hawa nafsu setelah berjuang sepanjang bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu. Menurut ajaran Islam, menyambut Aidilfitri juga merupakan suatu ibadat yang menatijahkan pahala di alam akhirat kelak. Maka terdapat pelbagai amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk diamalkan setiap kali perayaan ini menjelma. Walau bagaimanapun, agak malang apabila ada segelintir umat islam yang mengabaikan panduan Rasulullah s.a.w dalam menyambut Aidilfi tri lantas melakukan kesilapan-kesilapan yang berulang kali saban tahun, sehingga ada teguran yang mengungkapkan “sehari beraya, rosak sebulan berpuasa”, na’uuzubillahi minzaali


1.Lupa Aidilfitri adalah ibadah
Kesilapan pertama, bahkan ia adalah punca segala kesilapan yang lain, iaitu apabila seseorang Muslim yang menyambut Aidilfi tri tidak merasakan bahawa ia adalah suatu bentuk ibadat kepada Allah SWT Aidilfi tri dianggap sama seperti perayaan agama-agama lain sedangkan ia amat berbeza terutamanya daripada aspek spiritual, falsafah dan cara menyambutnya. Apabila terlupa aspek ibadat, maka keseronokan menguasai suasana dan akan menjadi fokus utama.

Bergembira, berpesta dan berhari raya dalam keadaan tidak menyedari apakah sebenarnya yang sedang dirayakan. Saling bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, menjamu selera dan pelbagai aktiviti lagi, tetapi terlupa satu persoalan, adakah aku benar-benar menyambut Aidilfitri sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w?”. Berhentilah seketika lantas renungilah persoalan ini. Perhatikan tingkah laku ahli keluarga dan sahabat handai, kemudian jawablah persoalan ini dengan hati yang tulus.

2.Abaikan sunnah Aidilfitri
Bermula pada malam Aidilfi tri sehingga solat sunat hari raya, kita amatlah digalakkan melaungkan takbir raya. Pada 1 Syawal pula, disunatkan beberapa amalan seperti mandi sunat Aidilfi tri, memakai pakaian yang baru atau terbaik berserta wangian, sarapan pagi, pergi menunaikan solat sunat Aidilfi tri dan pulang menggunakan laluan yang berbeza dari jalan ia datang, ziarah menziarahi serta saling mengucapkan tahniah di atas kejayaan menempuh Ramadhan di samping mendoakan agar Allah menerima amalan kita semua.

Sebahagian umat Islam hanya memilih beberapa amalan sahaja, bahkan tidak merangsang anak-anak dan ahli keluarga secara bersungguh untuk mengamalkan sunnah-sunnah yang hanya hadir sekali setahun ini. Mereka hanya menitikberatkan baju baru, solat hari raya dan ziarah sahaja. Bahkan ada anak-anak muda yang hanya hadir menunaikan solat sunat Aidilfi tri, tetapi tidak mendengar khutbah lalu terus beredar sebaik sahaja selesai menunaikan solat.

Takbir pada malamraya bertukar menjadi“tawaf”digerai-gerai jualan penghabisan stok malam raya, atau ditenggelami kemeriahan bersama ahli keluarga menyiapkan susunan kuih raya, perabot, sofa, langsir dan sebagainya. Hakikatnya, berjual beli tidak dilarang tetapi ia dianggap suatu kesilapan apabila menghilangkan roh ibadat Aidilfitri. Begitu juga kesibukan menyiapkan persiapan hari raya di rumah, janganlah terlupa untuk menghiasinya juga dengan laungan takbir bersama ahli keluarga. Pastinya kegembiraan akan hadir bersama keberkatan dari Allah SWT.

3.Bermaafan setahun sekali
Ada pasangan suami isteri yang hanya bermaaf-maafan pada hari raya sahaja. Begitu juga sebahagian anak-anak yang hanya memohon ampun dan maaf daripada ibu bapanya, hanya pada pagi Aidilfi tri. Demikianlah dalam persahabatan, bersama jiran tetangga,rakan sepejabat dan sebagainya, ada yang hanya “menyusun sepuluh jari” sempena Aidilfi tri sahaja, sedangkan kesalahan dan kesilapan yang dibuat bolehlah dikatakan saban hari.

Tidak dinafi kan bahawa Aidilfitri adalah peluang untuk kita saling bermaaf-maafan, tetapi ia juga mestilah dilakukan setiap kali seseorang itu melakukan kesilapan sama ada kecil atau besar. Memohon maaf tidak akan menjadikan seseorang itu hina dan memberi kemaafan dengan sepenuh hati pula adalah suatu ketenangan dan kepuasan yang amat sukar diungkap dengan kata-kata.

Tuesday, July 3, 2012

Keutamaan Mengerjakan Solat Dhuha

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj

Perjalanan Istimewa Israk Mikraj

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu Perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud:

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

Sedekah/amal jariahnya,
Doa anak-anaknya yang soleh dan
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, June 8, 2012

Peta Hidup


Cantik Di Mata Allah SWT

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al- Hujurat: ayat 13) Ayat ini jelas mengatakan sebaik-baik umat di dunia ini adalah mereka yang memiliki iman dan taqwa yang teguh bukannya kecantikan luaran yang menjadi penilaian. Itulah kriteria yang disenaraikan dan disukai oleh

Allah. Hidup di dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan untuk kepuasan manusia lain. Hal ini juga telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada keimanan dan amalan-amalan kamu.”Ini kerana semua perkara di atas akan hilang dimamah masa kerana manusia tidak akak hidup selamanya. Cantik di mata Allah adalah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.

Apakah ciri-cirinya?

1. Tutur bicara yang sopan
Seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. Dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan. Setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang dicedok dari orang-orang yang berilmu dan beriman.

2. Bermaaf maafan setiap hari
Kita adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan walaupun sedikit. Kadang kadang perkara kecil juga boleh menyebabkan orang lain terasa hati dan marah dengan kita. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa bermaafmaafan sesama manusia waima orang tersebut sangat berdendam dengan kita. Ingatlah bahawa Allah akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang memaafkan insan lain.

Budi pekerti ini susah diperolehi kerana sifat ego manusia lebih tinggi. Sebaiknya sebelum tidur, anda tenangkan hati dan fikiran. Fikirkan apa yang baik sahaja dan maafkan dalam hati semua sahabat dan umat manusia yang lain.

3. Menggunakan pancaindera sebaiknya
Allah mengurniakan pancaindera yang sempurna kepada kita dengan tujuan memudahkan kita untuk beramal ibadah kepada- Nya. Gunakan ia untuk menyerap ilmu-ilmu Allah melalui pandangan kasar atau pun yang tersirat.

Banyakkan bersedekah, bertafakur, mendengar perkara kebaikan, berjalan ke tempat yang bermanfaat dan menjamu selera dari sumber yang halal. Bukan susah untuk melakukannya kerana selagi ada usaha di situ ada jalan.

Thursday, June 7, 2012

Huraian Al-Fatihah


Pernahkah kita, setelah membuat perancangan untuk bersukan di waktu petang, merungut kerana hujan lebat yang tiba-tiba turun? Pernahkah kita seolah-olah marah kerana cuaca yang amat panas atau amat sejuk? Pernahkah kita merasa tidak puas hati dengan wajah yang dirasakan tidak cukup cantik dan bentuk badan yang tidak seperti diharapkan?

Apabila kita merungut, marah atau merasa tidak puas hati, adakah kita menujukannya kepada hujan, cuaca dan badan sendiri atau kepada Yang menurunkan hujan, menukar cuaca dan mencipta rekabentuk kita?

Saya bagi contoh lain. Apabila makan mee goreng di restoran dan kita merungut rasanya tak sedap, adakah ia salah mee atau salah tukang masak yang menggoreng mee tersebut? Tentulah tukang masak. Demikianlah juga, apabila kita merungut, marah, merasa tidak puas hati dan sebagainya kepada pelbagai urusan alam ini, termasuk diri kita sendiri, kita sebenarnya merungut, marah dan tidak puas hati kepada Allah.

Di sinilah letak kepentingan untuk memahami surah al-Fatihah yang lazim kita baca kerana dalam surah tersebut, kita sebenarnya memuji-muji Allah melalui ayat Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin yang bererti “Segala puji bagi Allah, Tuhan untuk mencipta, mengurus dan mengetahui segalanya berkenaan alam ini”.

Allah, Tuhan Alam Ini.

Sebagai umat Islam, kita tidak sekadar beriman bahawa Allah adalah Rabb alam ini, tetapi kita memuji Allah atas kesempurnaan dan keindahan Allah sebagai Rabb bagi alam ini. Rabb dari sudut bahasa bererti tuhan sementara dari sudut aqidah bererti tuhan yang mencipta, mengurus dan mengetahui segalanya berkenaan alam ini. Memandangkan kita juga hidup di dalam alam ini, maka kita juga termasuk penciptaan, pengurusan dan pengetahuan Allah.

Justeru melalui surah al-Fatihah, kita sebenarnya memuji-muji Allah sebagai Rabb alam ini. Kita memuji Allah atas penciptaan alam yang indah lagi menakjubkan ini. Kita memuji Allah atas peredaran matahari dan planet-planet, pertukaran siang dan malam serta cuaca yang berbeza beza.

Kita juga memuji Allah atas segala kurniaan Allah kepada kita merangkumi kehidupan, kesihatan, ilmu, kemampuan bergerak dan pelbagai lagi nikmat yang tidak dapat disenaraikan dalam penulisan ini.

Keimanan dan pujian kita kepada Allah sebagai Rabb alam ini menjadikan kita hanya berharap dan berdoa kepada Allah apabila menghadapi sesuatu kesulitan, dan memanjatkan kesyukuran atas apa-apa kebaikan. Ini kerana hanya Allah sebagai Rabb alam ini yang dapat mengabulkan doa dan membantu kita. Hanya Allah sebagai Rabb alam ini yang layak kita katakan “Terima kasih” yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi

Di sini mungkin ada yang tertanya, kenapakah berlaku beberapa fenomena “tidak sempurna” dalam alam yang diurus oleh Allah, seperti gempa bumi, angin ribut, tanah runtuh dan lainlain tragedi alam? Jawapannya, semua fenomena tersebut masih termasuk dalam kesempurnaan pengurusan Allah. Allah menjadikan fenomena tersebut sebagai ujian kepada manusia, sebagaimana firman-Nya:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)… [al-Baqarah 2:214]

Anatomy Of A Believer


Tuesday, May 22, 2012

Jadual Puasa 2012


Kelebihan Bulan Rejab

"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu."
Hadis Rasulullah SAW


- Bulan Rejab merupakan bulan ke 7 dlm kiraan takwim bulan Islam.Ia adalah slh satu antara bulan suci yg dinamakan sbg bulan Allah.Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud :

"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
- Bulan Rejab dianggap istimewa kerana pada bulan ini berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj
- Antara amalan2 baik diamalkan di bulan Rejab ialah
  • puasa
  • sedekah

- Terdapat beberapa kelebihan puasa di bulan Rejab seperti disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani yg bermaksud

  • sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab,maka ia seperti berpuasa setahun
  • berpuasa lebih daripadanya (tujuh hari), ditutup pintu2 Jahannam (neraka)
  • berpuasa 8 hari,dibukakan 8 pintu syurga
  • berpuasa 10 hari,tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya
  • berpuasa 15 hari,menyeru orang yang menyeru dari langit
"sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal,dan barangsiapa menambah (hari puasa) Allah menambah (kelebihannya)."

Niat puasa pada bulan Rejab ialah
"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".


Ini adalah beberapa amalan baik yang boleh dilakukan pada bulan Rejab, bulan dimana terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah rebut peluang nie dan semoga amalan kita diterima Allah. Amin.

Doa Bulan Rejab


Puasa Di Bulan Rejab


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Friday, May 18, 2012

"Forum Perdana" Kemana Hendak Ku Bawa


Wacana Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus


Ketakwaan Kepada Allah S.W.T.


Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan.

Pemerintah mencadangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat minta hujan.

Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah.

" Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORALE OF THE STORY UNTUK IKTIBAR/PENGAJARAN

Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.

Kehendak Allah mengatasi segala. Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah

Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya

Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.

Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.

Friday, May 11, 2012

Haram Sambut Hari Ibu

Info dimana umat ISLAM perlu mengetahuinya.

HARAM sambut HARI IBU.. kerana hari ibu asalnya daripada orang KRISTIAN.. dipanggil hari MOTHER OF THE GOD -- hari ibu tuhan.. dalam islam, Nabi ajar kenang ibu setiap hari bukan setahun sekali..


~UstazAzharIdrus~

Friday, April 6, 2012

Seksaan Meninggalkan Solat


6 SEKSAAN DI DUNIA
  • Allah mengurangkan berkat umurya
  • Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
  • Allah meghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
  • Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam islam
  • Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
  • Allah tidak menerima doanya
3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
  • Mati dalam keadaan hina
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
  • Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya
3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sempit-sempitnya
  • Allah akan mengelapkan kuburnya
  • Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat
3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
  • Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahnyang akan diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih lagi keras

Thursday, April 5, 2012

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Reput Didalam Kubur


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah


3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.


4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.


5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.


6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.


7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.


8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.


9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.


10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.